Wednesday, December 9, 2015

Siti Nordiana Bercakap Tentang Hati Dan Dedah Kekasih Hatinya

Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut namun sampai sekarang masih tiada lelaki bertapak di hatinya.
“Kalau betul ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang ini saya tak akan terima kerana ingin dan mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak saya. Rasanya saya masih belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang dan bersyukur selalu dan ada sebab saya tidak membuka hati lagi kepada lelaki kadang-kadang dalam perhubungan juga ada pasang surutnya, serik buat masa sekarang siapa rasa dia pasti akan tahu buat masa ini kekasih saya adalah anak saya je ”

" keasih hati dan teman lelaki saya ketika ini adalah anak saya lah hero saya " dalam nada seloroh 

“Setakat ini saya selalu bahagia je hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal tercinta saya iaitu Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun,” jelasnya melalui Harian Metro.

Menurut Siti Nordiana lagi atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyatakan bahawa sepanjang tempoh enam tahun hidup solo, dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius apabila rakan-rakan suka mengusiknya mengenai hal berkaitan jodohnya bukan senang bagi dia untuk terima.


Petua Di Jamin Kurus Kurang Dari Sebulan

Ikut senarai ini selama 3 minggu insha Allah berkesan Paleo Diet :

MAKAN:

  • Daging binatang yang makan sayur atau buah-buahan
  • Ikan / makanan laut
  • Buah-buahan segar dan sayur-sayuran
  • telur
  • Kacang dan benih
  • Minyak sihat (Olive, walnut, flaxseed, macadamia, alpukat, kelapa)


JANGAN MAKAN:

  • Kompleks Karbohidrat
  • Makanan yang di proses (seperti makanan ringan)
  • Bijirin
  • Kekacang (termasuk kacang tanah)
  • Gula halus
  • Kentang
  • Garam
  • Minyak sayuran ditapis

Contoh Makanan

Sarapan: Omega-3, Limau gedang, atau mana-mana buah-buahan segar pada musim, teh herba
Snack: dihiris daging lembu tanpa lemak, aprikot segar atau buah-buahan bermusim

Makan tengah hari: Salad dengan ayam (minyak zaitun dan  lemon), teh herba
Snack: kepingan Apple, walnut mentah

Makan Malam: Tomato dan alpukat, Ayam panggang, Ikan rebus, brokoli kukus, lobak merah, kismis dan badam, air mineral.



Petua Mencantikkan Buah Dada Dan Pejal

Anda boleh cubalah petua di bawah ini untuk mendapatkan bentuk buah dada atau payudara yang cantik, menarik dan pejal.

1) Mula-mula Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama lebih kurang 15 minit. Kemudian sila ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih semua.

2) Sila tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Dan seterusnya sapukan disekitar buah dada atau payudara anda, jangan terkena putingnya. Biarkan saja selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih dan selesai.



Petua Mencerahkan Kulit Menggunakan Kopi Yang Berkesan

Mana-mana Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari dan debu-debu dapat membuatkan kulit tubuh kelihatan terlalu kusam dan tidak bermaya. Cara rawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dan di yakini dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda semula. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah dan bersinar.
Caranya Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian anda perlu tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya supaya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi tersebut kepada seluruh tubuh badan anda sambil digosok-gosokan secara perlahan-lahan. Biarkan saja anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh anda. Setelah itu, bilas tubuh anda sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam ye.



Petua Sedapkan dan Lunakkan Suara Anda

Anda Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak dan merdu.

1) Kaedah Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah yang sebelum ini. Cara-caranya sila ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas yang telah berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah seperti minuman harian biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum anda gosok gigi di sebelah pagi hari. Selain daripada itu petua untuk menjaga suara, jangan minum air batu (ais) atau air yang bergas tetapi amalkanlah minum air suam atau air masak sahaja cukup.


2) Sila Sediakan secawan air pada waktu malam hari, biarkan ianya semalaman. Apabila bangun saja pagi minum air tersebut sebelum anda membasuh muka atau gosok gigi dahulu seeloknya.




Petua Naikkan Seri Wajah Berkesan

Petua Naikkan Seri Wajah

Sila Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga basuhan. Seterusnya sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit atau lebih. Selesai sahaja kemudian bilas dengan air bersih keseluruhan.


Petua Naik Seri Wajah Selepas Bersalin

Bagi Ibu-ibu yang selepas melahirkan anak pada kebiasaannya akan berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah anda, cubalah mana-mana petua di bawah ini.

Petua No 1:

Sila Ambil beberapa batang tangkai daun inai, kemudian bersihkan dan rebuskannya. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi sekali dan malam sekali.


Petua No 2:

Sila Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus saja. Kemudian sila ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama
tiga malam berturut-turut, Insya Allah akan berhasil menaikkan kembali seri wajah anda yang anda risaukan.


Petua No 3:

Sila Ambil segenggam daun inai dan tumbuk lumat hingga halus. Selepas itu gentelkan kecil-kecil seolah kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, makanlah sebiji sehari sekali selepas sarapan. Sila Amalkan sehingga nampak keberkesanannya ye.